AGENSI

Sistem pangkalan data utiliti mudahkan akses dalam talian, integrasi data

25 Okt 2023, 5:44 AM
Sistem pangkalan data utiliti mudahkan akses dalam talian, integrasi data

SHAH ALAM, 25 OKT: Koridor Utiliti Selangor (Kusel) giat membina sistem pangkalan data utiliti bawah tanah bagi memudahkan akses dalam talian di kawasan pembangunan baharu dan sedia ada.

Pengarah urusannya berkata Sistem Maklumat Geografi Koridor Utiliti Selangor (Selgis) yang dibangunkan berperingkat sejak Ogos juga memudahkan integrasi data dengan pelbagai maklumat.

“Selgis turut memudahkan proses perancangan dan kelulusan pembangunan oleh Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa selain membuat keputusan tepat dalam pembangunan infrastruktur utiliti.

“Ini sekali gus menyumbang penjimatan kos untuk jangka panjang,” kata Khairul Azmi Misran ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berkata permohonan permit utiliti mendapat sambutan baik membabitkan pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan tanah, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Kerjasama kukuh antara Kusel bersama pihak berkaitan penting dalam landskap industri utiliti negeri. Maka terdapat keperluan menganalisa semula proses kerja kedua-dua pihak.

“Kita mengadakan bengkel penyelarasan untuk mengenal pasti penambahbaikan selain memaklumkan status permohonan bawah pihak berkuasa melulus sepanjang pengoperasian Kusel,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619