AGENDA

Selangor teroka industri tenaga, pacu ekonomi secara mampan

24 Okt 2023, 10:10 AM
Selangor teroka industri tenaga, pacu ekonomi secara mampan

SHAH ALAM, 24 OKT: Kerajaan Negeri aktif meneroka industri tenaga bagi memacu ekonomi antaranya dengan membina loji jana kuasa di Pulau Indah, Klang yang dijangka siap awal tahun depan .

Dato' Menteri Besar berkata pihaknya turut membangunkan sub tenaga menggunakan solar dan mini hidroelektrik selain pembinaan loji sisa kepada tenaga (WTE) di Jeram, Kuala Selangor.

“Kita sudah bangunkan WTE di Jeram dan akan datang di Tanjung 12 (Kuala Langat). Beberapa tahun lagi pihak lain juga akan berminat bangunkan WTE.

"Harapan kita ialah dalam beberapa tahun lagi dapat uruskan antara 7,000 hingga 8,000 tan sampah yang dihasilkan setiap hari oleh rakyat negeri ini dan sisa ini tidak lagi di lupus di tapak pelupusan,” kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap pada sesi libat urus bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di Kuala Lumpur hari ini, yang turut dihadiri Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Minggu lalu Amirudin merasmikan majlis pecah tapak loji WTE di Jeram, loji urus sampah pertama negeri ini dan terbesar dalam negara.

Dijangka beroperasi pada 2026, loji berkenaan dijangka mampu memproses 3,000 tan sampah pepejal sehari selain merangsang peluang ekonomi lebih tinggi.

WTE mampu mengurus sisa dengan cekap sekali gus mengurangkan pencemaran bau, air larut lesap atau pelepasan gas berbahaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619