AGENDA

Pengurus besar GLC rugi lebih RM106,000 ditipu sindiket dalam talian

22 Okt 2023, 3:06 PM
Pengurus besar GLC rugi lebih RM106,000 ditipu sindiket dalam talian

KUANTAN, 22 OKT: Pengurus besar di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerugian RM106,253 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 45 tahun itu menerima panggilan daripada suspek mendakwa pegawai polis Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), dan memberitahu bahawa data peribadi mangsa bocor selain bertanyakan mengenai penggunaan kad kredit.

"Sejurus itu, mangsa memberikan maklumat dua akaun bank miliknya dan maklumat kad kredit untuk pengesahan kepada suspek, malah mangsa juga telah mengesahkan kod pengesahan transaksi (TAC) yang diterimanya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa mula menyedari ditipu selepas mendapati wang simpanan daripada dua akaun bank miliknya berjumlah RM106,253 telah lesap.

Justeru, beliau berkata mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak memberikan butiran peribadi seperti nombor akaun untuk tujuan siasatan secara sewenang-wenangnya.

Menurutnya, orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank yang mencurigakan menerusi laman sesawang semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi dalam talian.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619