AGENDA

Ekspo penyelidikan himpun kemajuan teknologi, penuhi keperluan industri

22 Okt 2023, 1:00 PM
Ekspo penyelidikan himpun kemajuan teknologi, penuhi keperluan industri
Ekspo penyelidikan himpun kemajuan teknologi, penuhi keperluan industri
Ekspo penyelidikan himpun kemajuan teknologi, penuhi keperluan industri
Ekspo penyelidikan himpun kemajuan teknologi, penuhi keperluan industri

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (SRIE) berjaya mempertunjukkan kehebatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia khususnya Selangor.

Dato’ Menteri Besar berkata acara bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa (SIBS) itu mampu memenuhi permintaan teknologi tinggi semua sektor selaras revolusi industri 4.0 dan matlamat pembangunan mampan.

“SRIE menarik minat dan penyertaan tinggi selain menyediakan platform pempamer menunjukkan keupayaan sebenar mereka seterusnya menyumbang kepada landskap teknologi negeri ini.

“Ia juga menumpukan usaha pengkomersialan produk R&D supaya idea dan penyelidikan dapat diaplikasikan oleh industri di Selangor,” kata Dato' Seri Amirudin Shari pada majlis penutup SRIE di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

[caption id="attachment_609459" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar Dato' Amirudin Shari (tengah) meyaksikan petukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Pejabat Setiausaha Kerjaan Negeri Selangor dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika Majlis Apresiasi Inovasi Negeri Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata SRIE melaksanakan inovasi melalui pertandingan cabaran keselamatan siber, Inovasi Anak Selangor serta Bank Idea SRIE yang mampu mengetengah pemikiran komuniti R&D di segenap lapisan masyarakat.

“Diharap jenama SRIE terus menyemarak minda inovasi dan menjadikan teknologi sebagai keutamaan supaya generasi akan datang dapat memilih bidang teknologi sebagai kerjaya.

“Kita menaruh harapan tinggi untuk masa depan SRIE agar inovasi dan kerjasama terjalin terus berkembang sekali gus memacu Selangor ke arah berteknologi tinggi,” katanya.

SIBS 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula Khamis lalu melabuhkan tirai hari ini.

Sebanyak enam acara utama dianjurkan iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman); Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan); Ekspo Taman Perindustrian Selangor, Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor; Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia.

SIBS yang dianjur sejak 2015 membuka potensi penerokaan bidang baharu termasuk inovasi dan teknologi selain menjamin masa depan generasi muda.

Antara negara luar yang mengambil bahagian penganjuran tahun ini ialah China, Indonesia, Japan, Uganda, Vietnam, Kazakhstan, Korea, Turki, Kenya dan Australia.

[caption id="attachment_609454" align="aligncenter" width="698"] Dato' Menteri Besar Dato' Amirudin Shari merasmikan Produk Rintis Inovasi Pengkomersialan 'Overflow Tripping System (OTS)' Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika Majlis Apresiasi Inovasi Negeri Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_609462" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar Dato' Amirudin Shari merasmikan Produk Rintis Inovasi Pengkomersialan 'Overflow Tripping System (OTS)' Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika Majlis Apresiasi Inovasi Negeri Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619