AGENDA

Beregu Aaron-Wooi Yik mara suku akhir Terbuka Denmark

19 Okt 2023, 1:12 PM
Beregu Aaron-Wooi Yik mara suku akhir Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mara ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di pusingan kedua Terbuka Denmark 2023 di Odense hari ini.

Gandingan di kedudukan keempat dunia itu bangkit pada set kedua untuk untuk menyingkirkan pasangan juara dunia tiga kali berkenaan 16-21, 21-5, 21-15 dalam perlawanan yang mengambil masa 41 minit.

Juara dunia 2022 itu dijangka berdepan laluan mudah untuk menempah slot ke separuh akhir apabila dijadual bertemu pasangan di kedudukan ke-16 dunia dari China Hi Ji Ting-Ren Xiang Yu yang mengalahkan pasangan tuan rumah Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-15,21-5.

Sementara itu, beregu campuran negara Chen Tan Jie-Toh Ee Wei ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua oleh pilihan kelima kejohanan Dechapol Puavanakroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand 15-21, 12-21.

Menerima nasib sama beregu wanita profesional, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien yang ditewaskan pasangan Hong Kong Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam 15-21, 21-17, 20-22.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619