ADN

DUN Bandar Utama anjur saringan kesihatan percuma Sabtu ini

19 Okt 2023, 11:30 AM
DUN Bandar Utama anjur saringan kesihatan percuma Sabtu ini

SHAH ALAM, 19 OKT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menganjurkan program pemeriksaan kesihatan percuma pada Sabtu ini.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata saringan kesihatan itu diadakan di Balai Raya Kampung Sungai Kayu Ara bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Jelas beliau, mereka yang mahu menyertai program tersebut boleh mendaftar menerusi pautan  http://tiny.cc/KlinikKayuAra.

"Kita telah menganjurkan program ini berulang kali dengan tujuan memberi kesedaran dan galakan kepada penduduk setempat bahawa pentingnya pemeriksaan kesihatan.

"Program ini turut melibatkan kerjasama dengan Hospital Assunta Petaling Jaya. Saya mengalu-alukan penduduk DUN Bandar Utama hadir dan periksa kesihatan anda," katanya kepada Selangorkini,

Syarat pendaftaran pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berpendapatan bawah RM2,500 sebulan.

Manakala, bagi peserta yang berminat untuk memohon kad Social Welfare Outpatient Program (SWOP) Hospital Assunta diminta sertakan salinan slip gaji/ bukti pendapatan bulanan/ surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung program ini boleh hubungi talian 016-684 9371.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619