ADN

RM22,000 dibelanja pasang 15 lampu solar di Bandar Utama

19 Okt 2023, 9:26 AM
RM22,000 dibelanja pasang 15 lampu solar di Bandar Utama

SHAH ALAM, 19 OKT: Sebanyak RM22,000 dibelanjakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama bagi pemasangan 15 lampu solar di Taman BU 12.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata daripada jumlah itu RM17,000 merupakan sumbangan Kerajan Negeri menerusi projek Geran Kecil Teknologi Hijau dan Alam Sekitar.

“Manakala, bakinya adalah hasil sumbangan DUN Bandar Utama kepada Persatuan Penduduk BU 12 untuk memasang lampu solar di sekitar taman permainan dan kawasan sekitar sini.

“Kita berharap pemasangan lampu solar di sini menjadikan kawasan ini lebih selamat selain dapat meningkatkan kelestarian alam sekitar terutama di Selangor.

“Kita amat menyokong pemasangan lampu solar ini yang mampu bertahan selama beberapa tahun tanpa perlu saluran elektrik kerana ia mampu menghasilkan cahaya menerusi sistem solarnya,” katanya.

Jamaliah berkata pemasangan lampu solar itu juga mampu memanfaatkan lebih 1,500 penduduk di kawasan terbabit.

“Insya-Allah, banyak lagi projek lain akan muncul selepas ini demi memastikan Bandar Utama dan Selangor khasnya lebih lestari dan mampan,” jelasnya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM1.3 juta bagi Geran Kecil Teknologi Hijau dan Alam Sekitar kepada persatuan dan organisasi dari seluruh Selangor.

Mantan EXCO alam sekitar dan teknologi hijau penerima geran termasuk badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk, badan pengurusan bersama (JMB), surau, masjid dan sekolah yang memohon dengan jumlah maksimum RM20,000 bagi GKTH manakala GKAS adalah RM10,000.

Hee Loy Sian berkata geran itu bertujuan menggalakkan masyarakat bergiat dalam aktiviti teknologi hijau dan penjagaan alam sekitar termasuk penanaman pokok, pembinaan sistem pengumpulan air hujan, kitar semula dan pemasangan lampu solar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619