AGENSI

MBI belanja besar laksana tuisyen percuma, bantuan sekolah

18 Okt 2023, 9:21 AM
MBI belanja besar laksana tuisyen percuma, bantuan sekolah

GOMBAK, 18 OKT: Sebahagian besar peruntukan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) digunakan untuk pendidikan.

Ketua CSR Ahmad Azri Zainal Nor berkata sebanyak RM10 juta diagihkan untuk Program Tuisyen Rakyat (PTRS), bantuan infrastruktur sekolah dan pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Beliau menjelaskan dana keseluruhan berjumlah RM30 juta juga banyak digunakan untuk program komuniti, masjid, surau dan sumbangan bakul makanan kepada golongan memerlukan.

“Bidang pendidikan merupakan dana terbesar seperti program tuisyen rakyat melibatkan peruntukan RM7 juta untuk kelas pengajian, elaun guru dan makanan buat pelajar," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Projek Mobilisasi Ekonomi Komuniti Bandar Selangor (Mekar) 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Azri berkata MBI menyasar untuk meluaskan pemberian perlindungan Insurans Am Selangor (INSAN) kepada pelajar sekolah jika berlaku kemalangan atau kematian.

“Minggu lalu, seorang pelajar sekolah menengah di Ampang maut ditimpa kemalangan dan pihak kami telah menghubungi waris untuk laksana proses tuntutan,” katanya.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619