AGENDA

Tanah runtuh Bukit Jugra: JKR Laksana kerja pembaikan cerun

18 Okt 2023, 5:38 AM
Tanah runtuh Bukit Jugra: JKR Laksana kerja pembaikan cerun

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat sedang melaksanakan kerja pembaikan cerun susulan tanah runtuh di kawasan lereng Bukit Jugra setelah meminta pandangan dan khidmat nasihat Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) jabatan berkenaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata tindakan segera dan kerja pembaikan itu perlu dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri demi keselamatan serta keselesaan pemanduan pengguna jalan raya.

“JKR telah mengambil tindakan awalan dengan menutup jalan menaiki ke Bukit Jugra. Penyediaan papan tanda amaran dan plan pengurusan trafik telah diaktifkan bagi mengawal keselamatan pengguna jalan raya.

“Bagi mengelakkan kerosakan dan hakisan tanah menjadi lebih teruk, pihak JKR juga telah memasang kanvas di lokasi yang terjejas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nanta turut menasihati pemandu agar berhati-hati sewaktu melalui kawasan bercerun kerana negara sedang berada dalam tempoh peralihan monsun.

Isnin lepas, Majlis Perbandaran Kuala Langat memaklumkan orang awam tidak dibenarkan memandu kenderaan naik ke atas Bukit Jugra susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan lereng bukit itu.

Bukit Jugra merupakan antara lokasi terkenal dengan aktiviti pendaratan luncur layar (paragliding) yang menjadi tumpuan pelancong ke Selangor.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619