AGENDA

PJ antara kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

18 Okt 2023, 2:27 AM
PJ antara kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini dengan Klang di Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 155.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, tiga lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Seri Manjung, Perak (123), Tangkak, Johor (119) dan Petaling Jaya, Selangor (107).

Sejumlah 54 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana manakala 10 kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619