AGENDA

Teknologi urus sampah jaga kualiti alam, negeri kaji lebih 10 tahun

17 Okt 2023, 7:15 AM
Teknologi urus sampah jaga kualiti alam, negeri kaji lebih 10 tahun

KUALA SELANGOR, 17 OKT: Pembinaan loji sisa kepada tenaga (WTE) di Jeram dan penunu sampah (insinerator) di Batu Arang demi menjaga kualiti alam sekitar serta keselamatan penduduk.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu diteliti lebih 10 tahun sejak 2008 termasuk membawa pihak yang membantah di luar negara bagi melihat proses berkenaan.

“Penjelasan dibuat berulang kali dalam sidang Dewan Negeri Selangor. Kita buat lawatan di Tokyo (Jepun), di tengah bandar dan sebagainya. Saya rasa ini bukan insinerator tahun 80-an dan 90-an.

“Kita kena percaya kepada teknologi, tengok macam mana ia beroperasi dan kita lihat di beberapa negara yang selamat macam Jepun atau China,” katanya di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan majlis pecah tanah loji WTE menambah penggunaan teknologi itu sesuai bagi menangani isu sampah berikutan jangkaan pertambahan penduduk di negeri ini.

Amirudin menjelaskan pelupusan sisa pepejal di tapak sampah ketika ini juga hanya merugikan berikutan tempoh guna tanah tersebut tidak bertahan lama.

"Tapak pelupusan akan menyebabkan kawasan itu tidak boleh dibangunkan dalam tempoh 20 ke 25 tahun.

Ini akan merugikan tanah selain masih terdedah terhadap sampah atau lalat di kawasan itu," katanya menambah Selangor mengutip 7,000 tan sampah sehari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619