AGENDA

Loji sisa kepada tenaga di Jeram terbesar dalam negara, jana pendapatan negeri

17 Okt 2023, 6:30 AM
Loji sisa kepada tenaga di Jeram terbesar dalam negara, jana pendapatan negeri
Loji sisa kepada tenaga di Jeram terbesar dalam negara, jana pendapatan negeri

KUALA SELANGOR, 17 OKT: Tapak loji sisa kepada tenaga (WTE) yang dibina di Jeram bakal menjadi loji pelupusan terbesar negara dan mampu memproses 3,000 tan sampah pepejal sehari.

Dato’ Menter Besar berkata binaan atas tanah seluas 30 ekar yang dijangka beroperasi mulai 2026 juga membantu pemuliharaan alam sekitar selain merangsang peluang ekonomi lebih tinggi.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, projek bersama Worldwide Holdings Berhad (WHB) dan Shanghai Electric Power Generation (M) Sdn Bhd akan menerima kutipan enam pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Hari ini majlis pecah tanah bagi pembinaan loji selepas kita mendapat kebenaran merancang daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

[caption id="attachment_608379" align="aligncenter" width="718"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menggunakan jengkaut bagi gimik perasmian majlis pecah tanah pembinaan kemudahan loji sisa kepada tenaga di tapak pelupusan sanitari Jeram pada 17 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Apabila beroperasi, sebanyak 52 megawatt sejam akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad dan seterusnya menyumbang ekonomi negeri,” katanya selepas merasmikan pecah tanah tapak itu hari ini.

PBT berkenaan ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif kumpulan WHB berkata WTE mampu mengurus sisa dengan cekap, sekali gus mengurangkan pencemaran bau, air larut lesap atau pelepasan gas berbahaya.

“Paling utama mampu menyumbang penjanaan tenaga boleh diperbaharui. Syarikat kekal fokus mengoptimumkan sumber demi manfaat semua pemegang taruh kami,” kata Datin Norazlina Zakaria.

Sebelum ini, Amirudin berkata teknologi WTE diberi tumpuan sejak 2018 berikutan dampaknya yang tinggi kepada ekonomi negeri dengan aspek penerokaan dibincang bersama wakil PBT, baru-baru ini.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619