AGENDA

DBP tarik diri Pesta Buku Frankfurt 2023

16 Okt 2023, 1:41 PM
DBP tarik diri Pesta Buku Frankfurt 2023

SHAH ALAM, 16 OKT: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023 susulan penganjurnya menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel.

DBP dalam kenyataan ringkasnya di Facebook hari ini memaklumkan pengunduran agensi itu selaras pendirian kerajaan dalam krisis Palestin-Israel.

“Selaras dengan pendirian kerajaan dalam konflik Palestin-Israel pada ketika ini, DBP memutuskan untuk menarik diri daripada Pesta Buku Frankfurt 2023,” katanya.

Sebelum ini, pengarah pesta buku berkenaan Juergen Boos menyatakan solidariti dengan Israel selain menyifatkan serangan balas Hamas sebagai 'melanggar hak asasi manusia'.

Selain DBP yang mewakili Malaysia, beberapa penerbit dari negara Islam termasuk Arab Saudi, Kuwait dan Indonesia turut menarik diri daripada pameran buku negara Jerman itu.

Pesta Buku Frankfurt 2023 yang dianjur pada Rabu hingga Ahad ini merupakan pameran buku yang menghimpunkan acara berkaitan kesusasteraan, buku ilmiah dan penerbitan terbesar dunia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619