AGENDA

50,000 wanita hamil hadapi kesukaran untuk bersalin di Gaza

16 Okt 2023, 1:17 PM
50,000 wanita hamil hadapi kesukaran untuk bersalin di Gaza

GAZA, 16 OKT: Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) berkata 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza tidak memperoleh akses perkhidmatan kesihatan asas.

Agensi PBB itu berkata ibu hamil, termasuk kira-kira 5,500 yang dijangka bersalin bulan ini, bergelut untuk mendapatkan khidmat penjagaan kesihatan.

Wakil UNFPA untuk Palestin, Dominic Allen, berkata sistem penjagaan kesihatan di Gaza kini diambang kemusnahan.

“Bayangkan kesukaran yang mereka lalui dalam peringkat akhir untuk bersalin, dengan kemungkinan komplikasi, tanpa pakaian, kebersihan, sokongan dan tiada kepastikan mengenai keadaan mereka dan anak yang bakal lahir,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Allen.

Allen berkata di hospital, ada bidan yang tidak dapat datang ke wad bersalin untuk bertugas berikutan keadaan berbahaya.

Beliau menggesa supaya akses kepada bantuan dan bekalan kemanusiaan di kawasan itu dipermudah.

Keadaan di Semenanjung Gaza semakin teruk, dengan Israel mengenakan sekatan yang ketat dan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk, selain percubaan untuk memaksa penduduk berpindah ke bahagian selatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619