AGENDA

Penuntut kursus tempur pegawai muda Kem Pulada maut dipercayai strok haba

16 Okt 2023, 5:05 AM
Penuntut kursus tempur pegawai muda Kem Pulada maut dipercayai strok haba

JOHOR BAHRU, 16 OKT: Seorang penuntut yang sedang menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di sini, dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata sebelum itu, mangsa yang berusia 24 tahun dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini kerana memerlukan rawatan rapi.

Beliau berkata 10 penuntut dikatakan mengalami gejala strok haba termasuk pengsan ketika menjalani latihan di lapang sasar kem berkenaan, dalam kejadian antara 5.30 petang hingga 6 petang, hari sama.

"Dua lagi peserta masih dirawat di unit rawatan rapi HSI, manakala tujuh yang lain dimasukkan ke wad biasa di Hospital Kota Tinggi, namun mereka dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619