AGENDA

PM selar kuasa besar biarkan kekejaman Israel terhadap Palestin

16 Okt 2023, 2:02 AM
PM selar kuasa besar biarkan kekejaman Israel terhadap Palestin

SHAH ALAM, 16 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kuasa besar dan negara barat yang membiarkan kekejaman rejim zionis Israel terhadap Palestin dalam serangan berterusan sejak awal Oktober.

Perdana menteri berkata dunia terus menyaksikan episod getir dan kelam, malah beliau sendiri tidak pernah terfikir muncul kelompok manusia sekejam itu sepanjang penglibatannya dalam politik.

"(Serangan) itu diteruskan dan dibiarkan kuasa besar pelopor demokrasi, kebebasan, liberalisme barat dan Amerika Syarikat. Itu sangat membingungkan," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

"Ini sangat mengesankan dan menyentuh hati nurani saya."

Bercakap dalam perhimpunan bulanan di Putrajaya pagi ini, Anwar memaklumkan sudah menghubungi rakan sejawat di dunia Islam dan serantau bagi membantu meredakan tekanan penduduk Palestin.

Pada 7 Oktober, Hamas melakukan serangan mengejut terhadap Israel termasuk serangan roket bertubi-tubi dan penyusupan ke negara haram itu melalui darat, laut dan udara.

Menurut Hamas, operasi itu sebagai tindakan balas terhadap pencerobohan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan keganasan peneroka haram Yahudi yang semakin meningkat terhadap Palestin.

Rejim Israel kemudian melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza dan diperluas kepada pemotongan bekalan air dan elektrik.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan sekurang-kurangnya 2,329 orang terkorban di Gaza setakat ini, manakala lebih 9,714 cedera akibat serangan balas Israel.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619