AGENDA

28 petugas perubatan terkorban di Gaza

15 Okt 2023, 3:58 AM
28 petugas perubatan terkorban di Gaza

RAMALLAH, 15 OKT: Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila pada Sabtu berkata seramai 28 petugas perubatan di Semenanjung Gaza terkorban ekoran serangan berterusan tentera Israel di wilayah itu sejak 7 Okt lepas, lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu, berpuluh-puluh petugas turut cedera dan 15 pusat perubatan mengalami kerosakan.

Beliau berkata saban hari Israel mengancam pesakit di hospital Gaza dipindahkan, termasuk pesakit di Hospital Kanak-Kanak Al-Durrah, manakala Hospital Beit Hanoun terpaksa menghentikan operasi.

Alkaila mengulangi rayuannya kepada masyarakat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pertubuhan hak asasi manusia dan entiti kemanusiaan antarabangsa untuk menyediakan perlindungan segera bagi hospital, kemudahan rawatan, ambulans, petugas kesihatan, pesakit dan mereka yang cedera.

Israel mengingkari seruan antarabangsa untuk menghentikan serangan dan rejim itu turut memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza yang memburukkan lagi situasi kemanusiaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619