AGENSI

PNSB sumbang bakul makanan, anjur program bersih masjid libat mahasiswa

14 Okt 2023, 8:49 AM
PNSB sumbang bakul makanan, anjur program bersih masjid libat mahasiswa
PNSB sumbang bakul makanan, anjur program bersih masjid libat mahasiswa
PNSB sumbang bakul makanan, anjur program bersih masjid libat mahasiswa
PNSB sumbang bakul makanan, anjur program bersih masjid libat mahasiswa

HULU LANGAT, 14 OKT: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menyumbang 40 bakul makanan kepada keluarga kurang berkemampuan di Kampung Sungai Lui Batu 20 dan Kampung Kuala Pangsun, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berkata setiap bakul mengandungi barangan keperluas asas seperti beras, minyak masak, milo dan biskut dengan anggaran nilai RM150.

"Program Bantuan Integriti Makanan ini antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PNSB untuk mendekati masyarakat serta meringankan beban kurang berkemampuan.

"Pihak kami komited untuk terus melaksanakan program CSR atau program bersama masyarakat dari semasa ke semasa," kata ditemui pada Program Perkhemahan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMARA) di Impian Rimba Resort, Pangsun, di sini hari ini.

[caption id="attachment_607784" align="aligncenter" width="700"] Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berucap ketika program Perkhemahan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Selangor 2023 dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI serta Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam) di Balai Raya Kampung Kuala Pangsun, Hulu Langat pada 14 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya memperuntuk sejumlah RM15,000 bagi menjayakan program AMARA dalam usaha memupuk serta memperkukuh jati diri mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin masa depan negara.

Program AMARA dianjurkan bersama antara PNSB, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI serta Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam).

Selain menyebarkan mesej anti rasuah, peserta program terdiri 30 pemimpin mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) turut menjalankan program kemasyarakatan seperti membersihkan masjid dan kediaman penduduk.

[caption id="attachment_607791" align="aligncenter" width="700"] Peserta bergotong-royong membersihkan Masjid Kariah Kampung Kuala Pangsu ketika program Perkhemahan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Selangor 2023 anjuran bersama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI serta Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam).[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619