AGENDA

11 wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel

14 Okt 2023, 3:48 AM
11 wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel

ANKARA, 14 OKT: Sekurang-kurangnya 11 wartawan terbunuh dalam serangan udara besar-besaran tentera Israel di Semenanjung Gaza, kata Committee to Protect Journalists (CPJ) dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Seorang juruvideo Reuters terbunuh pada Jumaat dalam serangan Israel di selatan Lubnan. Dua lagi wartawan televisyen Al Jazeera yang berpangkalan di Doha cedera dalam serangan itu.

“Dalam tujuh hari pertama pertempuran, sekurang-kurangnya 11 wartawan terbunuh, dua hilang dan dua lagi cedera.

“Pada 13 Okt, seorang wartawan yang berpangkalan di Beirut terbunuh semasa serangan tentera Israel di selatan Lubnan,” kata CPR lapor Agensi Anadolu.

CPJ berkata wartawan di Gaza berdepan risiko tinggi semasa membuat liputan mengenai konflik di tengah-tengah serangan udara yang berterusan.

“CPJ menekankan bahawa wartawan adalah orang awam yang melakukan kerja penting semasa krisis dan tidak boleh menjadi sasaran pihak yang bertelagah.

“Wartawan membuat pengorbanan besar dengan membuat liputan konflik di seluruh rantau ini. Langkah-langkah untuk memastikan keselamatan mereka mesti diambil oleh semua pihak untuk menghentikan angka kematian yang besar ini,” kata penyelaras program Asia Barat dan Afrika Utara CPJ, Sherif Mansour.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619