AGENDA

Laluan arah Timur KM124 LPT1 ditutup, laluan kontra diaktifkan

14 Okt 2023, 3:13 AM
Laluan arah Timur KM124 LPT1 ditutup, laluan kontra diaktifkan

KUANTAN, 14 OKT: Laluan arah Timur di Kilometer 124 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) iaitu Lanchang ke Temerloh dekat sini, akan ditutup dan dilencongkan bermula Isnin depan (16 Okt) hingga Mac 2024.

Pemegang konsesi LPT1 ANIH Berhad menerusi kenyataan hari ini memaklumkan penutupan jalan di laluan menghala ke Kuantan itu, bagi membolehkan kerja peningkatan aras laluan utama dijalankan, dalam pelaksanaan projek tebatan banjir di lokasi terlibat.

“Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala Lumpur) dan pelaksanaan aliran kontra akan dibuat sepanjang tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu.

ANIH Berhad menasihatkan pengguna untuk merancang perjalanan dan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi untuk keselamatan.

Pengguna juga boleh mendapatkan informasi terkini di saluran ANIH TV atau media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan X (@LPTTrafik), serta Lembaga Lebuhraya Malaysia di X (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia) atau hubungi LPT-Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88-7752, jika berlaku kecemasan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619