AGENDA

Wang simpanan guru RM190,000 lesap diperdaya sindiket panggilan telefon

12 Okt 2023, 9:37 AM
Wang simpanan guru RM190,000 lesap diperdaya sindiket panggilan telefon

KUANTAN, 12 OKT: Guru wanita berputih mata selepas wang simpanannya berjumlah RM190,000 lesap akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon Ogos lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa berusia 36 tahun itu pada mulanya menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar kakitangan syarikat penghantar barang dan polis.

Beliau berkata mangsa diberitahu oleh suspek yang dia terlibat dalam kes jenayah pengubahan wang haram sebelum diminta memasukkan wang RM20,000 ke akaun bank yang diberikan suspek bagi tujuan menyelesaikan kes berkenaan.

"Selain itu, mangsa juga diminta memberikan gambar kad bank dan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) sebelum menyedari wang RM170,000 daripada akaun miliknya dipindahkan ke akaun lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang berasa ditipu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619