AGENSI

Lesen perniagaan MPAJ 2024 boleh diperbaharui mulai bulan ini

12 Okt 2023, 7:33 AM
Lesen perniagaan MPAJ 2024 boleh diperbaharui mulai bulan ini

SHAH ALAM, 12 OKT: Pemilik premis perniagaan dan penjaja sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) boleh mula memohon lesen 2024 bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

MPAJ menerusi kenyataan memaklumkan permohonan boleh dibuat pada hari bekerja di Kaunter Pembaharuan Lesen Premis Perniagaan dan Penjaja, Galeri aras empat, Menara MPAJ, Ampang.

Kaunter bagi tujuan sama turut dibuka di aras satu pusat membeli-belah Melawati Mall bermula bulan depan hingga hujung Disember dari 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.

"Pemilik serta penyewa premis perniagaan diingatkan menjelaskan cukai taksiran termasuk semua tunggakan sebelum memperbaharui lesen bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

"Sekatan bagi sebarang perkhidmatan MPAJ termasuk pembaharuan lesen perniagaan dilaksanakan melalui Sistem Kelulusan Bersepadu secara manual mulai 1 Oktober lalu sekiranya terdapat tunggakan cukai taksiran," katanya.

Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian menerusi iComm di pautan https://icomm.mpaj.gov.my, melalui sistem e-penjaja di pautan https://intranet.mpaj.gov.my/penjaja/login.php

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPAJ menerusi talian 03-4285 7344 / 7170.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619