AGENDA

Pencemaran bau, majoriti wilayah dapat semula bekalan air

11 Okt 2023, 1:35 PM
Pencemaran bau, majoriti wilayah dapat semula bekalan air

SHAH ALAM, 11 OKT: Sebahagian besar kawasan yang terjejas bekalan air akibat pencemaran bau di Sungai Selangor semalam menerima bekalan penuh setakat 6 petang tadi.

Lima wilayah iaitu Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor pulih sepenuhnya, sementara Petaling pula dapat bekalan 98.9 peratus dan Klang (94.2 peratus).

"Sehingga jam 6 petang, status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas mencapai 99.1 peratus.

"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam, 12 Oktober," kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Air Selangor menyarankan pengguna yang sudah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan seperti biasa.

Syarikat itu turut menasihatkan pengguna yang sudah mendapat bekalan air menggunakannya secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas lancar.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Instagram, X dan laman sesawang https://www.airselangor.com/.

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas akibat pencemaran bau di Sungai Selangor semalam.

Senarai kawasan yang belum menerima bekalan air dimuatkan di Facebook syarikat berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619