AGENDA

Majlis talaqqi kitab kupas kepentingan cari ilmu, pedoman hidup umat

11 Okt 2023, 6:48 AM
Majlis talaqqi kitab kupas kepentingan cari ilmu, pedoman hidup umat

SHAH ALAM, 11 OKT: Hari terakhir Majlis Talaqqi Kitab Turath Islami di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini disertai hampir 100 jemaah dari seluruh negeri.

Kuliah Dhuha yang disampaikan tokoh ulama dari Pattani, Thailand Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni selama hampir tiga jam menghuraikan kepentingan ilmu yang lebih bernilai melebihi harta.

Ahli jawatankuasa fatwa Persatuan Ulama Pattani menekankan bahawa ilmu itu tidak pernah akan habis tetapi sebaliknya berlaku terhadap harta.

“Kalau tengok dari pandangan zahir, harta nampak lebih bagus. Orang kaya ilmu pula pada zahirnya terlihat fakir. Tetapi ilmu lebih baik kerana ilmu mengawal dan menjaga kita.

“Ilmu boleh menjaga kita, boleh betulkan akidah kita, boleh membezakan antara yang haq dan batil, serta boleh betulkan kesamaran. Harta pula kita yang perlu menjaganya,” katanya.

Program keagamaan yang merupakan kesinambungan Festival Turath Islami Selangor pada 20 Mei lalu berlangsung dua hari bermula semalam dengan mengupas kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dan Mawaqif al-Marjan.

Festival itu dianjur sempena penterjemahan 10 jilid Ihya Ulumuddin kepada bahasa Melayu mulai awal tahun ini yang digerakkan Kerajaan Negeri melalui Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).

Ia bertujuan menyemarak lagi minat umat Islam terhadap pemikiran al-Ghazali, ilmuan Islam pelbagai bidang yang berpengaruh ke serata dunia.

Kerajaan Negeri berhasrat mengembangkan syiar Islam menerusi penganjuran program agama ke setiap daerah dengan menampilkan tokoh-tokoh besar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619