AGENDA

Pencemaran bau: Bekalan air Hulu Selangor pulih sepenuhnya

11 Okt 2023, 4:29 AM

SHAH ALAM, 11 OKT: Bekalan air di Hulu Selangor yang terlibat henti tugas sementara empat Loji Rawatan Air (LRA) pulih sepenuhnya setakat jam 9 pagi tadi, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Agensi itu menerusi Facebook berkata pemulihan bekalan di Kuala Selangor capai 97.9%, Petaling 85.3%, Shah Alam 82%, Klang (80.2%), Gombak (56%) dan Kuala Lumpur (18.6%).

"Sehingga jam 9 pagi, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas mencapai 72.8%. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam, 12 Oktober (Khamis)," menurut kenyataan.

Air Selangor menyarankan pengguna untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan dan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

Air Selangor semalam memaklumkan LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas susulan pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata insiden di muka sauk LRA Rantau Panjang pada 11.15 malam itu mungkin disebabkan faktor kuantiti minyak yang minima dan bersifat sementara masuk ke Sungai Selangor.

Maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Berikut senarai kawasan yang belum pulih:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619