AGENDA

MB: Program Sehat bukti negeri cakna isu kesihatan mental

10 Okt 2023, 1:00 PM
MB: Program Sehat bukti negeri cakna isu kesihatan mental
MB: Program Sehat bukti negeri cakna isu kesihatan mental

SHAH ALAM, 10 OKT: Program Selangor Mental Sihat (Sehat) yang diperkenal Ogos tahun lalu membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap isu kesihatan mental.

Dato’ Menteri Besar memaklumkan program untuk menilai kesihatan mental itu menawarkan khidmat saringan awal, talian bantuan dan subsidi rawatan psikiatri.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia termasuk pembangunan modul serta latihan kaunselor dan khidmat pakar yang boleh diakses menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

“Kerajaan Negeri Selangor sentiasa cakna terhadap isu berkaitan kesihatan mental. Ayuh tingkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat kita,” tulisnya di X.

[caption id="attachment_514545" align="alignnone" width="773"] Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor Siti Kamariah Ahmad Subki (kanan) melancarkan talian khas aduan keganasan rumah tangga SELamat di Perbadanan Perpustakan Awam Selangor, Shah Alam pada 22 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Pada 30 Ogos tahun lalu, Kerajaan Negeri melancarkan Sehat dengan peruntukan RM500,000 bagi menangani isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan sejak pandemik Covic-19 melanda.

Program itu membolehkan pengguna mengetahui tahap kesihatan mental menerusi saringan awal ‘skala tekanan’ dan ‘pemeriksaan risiko’ secara kendiri.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 yang disambut hari ini dengan tema ‘Mental Health is a Universal Human Right’.

“Hari kesihatan mental sedunia meraikan hak setiap insan untuk mempunyai kesihatan mental yang baik. Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619