AGENDA

Kualiti udara di PJ, Shah Alam, Klang kekal tidak sihat setakat 6 petang

9 Okt 2023, 10:42 AM
Kualiti udara di PJ, Shah Alam, Klang kekal tidak sihat setakat 6 petang

SHAH ALAM, 9 OKT: Lima kawasan di Selangor masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 petang, hari ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), Banting mencatatkan bacaan IPU 154, Klang (152), Petaling Jaya (118) manakala Shah Alam dan Johan Setia (151).

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), kawasan lain ialah Shah Alam dan Klang masing-masing 153, Johan Setia (152) dan Petaling Jaya (132).

Turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Cheras (163), Nilai (133), Bukit Rambai (155) dan Batu Pahat (149).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk pautan https://apims.doe.gov.my/home.html untuk mengetahui IPU terkini.

Mei lalu, pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran jerebu lebih serius di rantau selatan Asean antara Jun dan Oktober tahun ini berikutan kemarau teruk dan berpanjangan daripada biasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619