ADN

Wakil rakyat mohon tambah baucar Jom Shopping, penuhi keperluan penduduk

8 Okt 2023, 1:30 PM
Wakil rakyat mohon tambah baucar Jom Shopping, penuhi keperluan penduduk
Wakil rakyat mohon tambah baucar Jom Shopping, penuhi keperluan penduduk

KLANG, 8 OKT: Ahli Dewan Negeri Sentosa berhasrat memohon tambahan baucar Jom Shopping Deepavali daripada Kerajaan Negeri bagi memenuhi keperluan penduduk Hindu di kawasan itu.

Dr G Gunaraj berkata ia berikutan majoriti penduduk di kawasan itu terdiri daripada kaum India yang sebahagian besarnya berpendapatan rendah dan sederhana.

[caption id="attachment_606657" align="aligncenter" width="812"] Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj bercakap kepada media selepas program Kesedaran, Kebersihan Gotong Royong di Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 2, Klang pada 8 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Setakat ini kita terima 650 baucar, angka ini tidak cukup kerana pengundi di sini ada 90,000 dan 50 peratus daripadanya kira-kira 45,000 adalah pengundi India.

"Saya harap mungkin pemberian baucar kali ini boleh ditingkatkan kepada 1,000 supaya ramai yang mendapat manfaatnya sekali gus meringankan beban mereka dalam membuat persiapan Deepavali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program gotong-royong di Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 2, di sini hari ini.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang bakal memanfaatkan 82,400 penerima.

Selain Deepavali, program bantuan iu turut diberi kepada keluarga kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina untuk membeli barangan keperluan.

Nilai baucar juga dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619