AGENDA

KBS terima 24 permohonan penggunaan kemudahan sukan percuma

7 Okt 2023, 7:36 AM
KBS terima 24 permohonan penggunaan kemudahan sukan percuma
KBS terima 24 permohonan penggunaan kemudahan sukan percuma

PUTRAJAYA, 7 OKT: Sebanyak 24 permohonan diterima Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) setakat ini bagi tujuan penggunaan kemudahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) secara percuma, demikian menurut kenyataan KBS.

KBS memaklumkan permohonan berkenaan telah dibuat pihak sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) untuk sambutan hari sukan sekolah namun ia tertakluk kepada kekosongan jadual tempahan kemudahan.

Menurut kenyataan itu, kemudahan yang ditawarkan ialah trek dan kemudahan di Stadium Nasional; Kuala Lumpur Sports City (KLSC) dibuka untuk penggunaan sekolah; gelanggang bola jaring dan boling padang di Kompleks Sukan Bukit Kiara serta padang Stadium Hoki Tun Razak di Kompleks Sukan, Jalan Duta.

“Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bandaraya, Kuala Lumpur menjadi sekolah pertama yang menganjurkan sukan sekolah tahunan secara percuma di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam,” menurut kenyataan itu.

[caption id="attachment_606502" align="aligncenter" width="814"] Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bandaraya menyertai acara larian dalam sukan sekolah yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 6 Oktober 2023. Foto Facebook Perbadanan Stadium Malaysia[/caption]

KBS memaklumkan tawaran penggunaan fasiliti secara percuma itu masih terbuka untuk permohonan sehingga 2025.

Pihak sekolah yang berminat boleh melayari portal PSM di www.stadium.gov.my atau hubungi talian 03-8892 0888, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika mengumumkan penyediaan kemudahan KBS secara percuma pada 25 Julai lalu berkata ia adalah sempena ulang tahun ke-25 KLSC dan ditawarkan kepada semua sekolah di seluruh negara selama dua tahun, bermula 1 Oktober 2023.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619