AGENDA

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada dua pemain skuasy negara

6 Okt 2023, 10:47 AM
Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada dua pemain skuasy negara
Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada dua pemain skuasy negara

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pemain skuasy negara, Ng Eain Yow dan S. Sivasangari yang berjaya menyumbang pingat emas pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, semalam.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Istana Negara hari ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah.

Eain Yow, perseorangan lelaki negara meraih pingat emas selepas menewaskan Saurav Ghosal dari India 9-11, 11-9, 11-5, 11-7 dalam pertarungan selama 72 minit.

[caption id="attachment_606408" align="alignleft" width="500"] Pemain skuasy S. Sivasangari menggondol pingat emas dalam acara perseorangan wanita di Sukan Asia Hangzhou 2022 pada 5 Oktober 2023. Foto Facebook Bernama[/caption]

Kemenangan tersebut menamatkan kemarau 13 tahun untuk merangkul gelaran juara perseorangan lelaki selepas Ong Beng Hee pada 2002 dan 2006 serta Mohd Azlan Iskandar pada edisi 2010.

Sementara itu, Sivasangari meraih emas dalam acara final perseorangan wanita selepas mengatasi bintang Hong Kong, Chan Sin Yuk 8-11, 15-13, 10-12, 11-9, 12-10 dalam pertarungan selama 64 minit.

Pingat yang dimenangi pemain ranking ke-37 dunia dan lebih mesra disapa sebagai Sangari itu merupakan emas kedua buat dirinya selepas membantu skuad wanita negara merangkul emas dalam acara berpasukan, Sabtu lepas.

Kontinjen negara berjaya melepasi sasaran 27 pingat dengan lima emas, enam perak dan 17 gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan pingat setakat 2 petang ini sebanyak 28 pingat.

Sukan Asia Hangzhou berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619