AGENSI

Operasi pembersihan sisa tengah malam di kawasan komersial bakal diperluas

6 Okt 2023, 10:00 AM
Operasi pembersihan sisa tengah malam di kawasan komersial bakal diperluas
Operasi pembersihan sisa tengah malam di kawasan komersial bakal diperluas

SHAH ALAM, 6 OKT: Operasi pembersihan sisa pepejal mulai tengah malam akan diperluas ke beberapa lagi kawasan komersial di negeri ini, maklum pengarah urusan KDEB Waste Management (KDEBWM).

Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata ketetapan itu diambil susulan operasi kutipan sisa di kawasan komersial SS14 dan SS15, Subang Jaya pada waktu berkenaan berjalan lancar.

[caption id="attachment_606377" align="aligncenter" width="812"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kajian operasi pengurusan sisa dan inisiatif kitar semula di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 6 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita telah buat (kutipan sisa pepejal dari tengah malam hingga awal pagi) di Subang Jaya. Ia dilihat berjaya sebab biasanya kawasan komersial penuh dengan kereta pada waktu pagi dan menyukarkan kerja pembersihan.

“Jadi kita sedang melihat lagi di beberapa kawasan komersial lain khususnya Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya. Jika ia lebih mudah serta efektif, kita tidak menolak kemungkinan menukar jadual dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini.

Pada 13 September, Ramli memaklumkan pembersihan pada tengah malam hingga awal pagi dilaksanakan di SS14 dan SS15, Subang Jaya selepas diusul wakil rakyatnya Michelle Ng Mei Sze.

Ia berikutan kesukaran dihadapi kontraktor membersihkan sisa dari kawasan terbabit pada waktu pagi hingga tengah hari disebabkan jalan dipenuhi kenderaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619