AGENDA

Darurat 10 hari di Kalimantan Tengah berikutan pencemaran udara teruk

6 Okt 2023, 8:30 AM
Darurat 10 hari di Kalimantan Tengah berikutan pencemaran udara teruk

JAKARTA, 6 OKT: Pihak berkuasa di Kalimantan Tengah, Indonesia mengisytiharkan darurat selama 10 hari ini berikutan pencemaran udara yang teruk hingga mengurangkan jarak penglihatan akibat kebakaran hutan dan tanah yang berterusan, kata Gabenor H. Sugianto Sabran.

Beliau berkata indeks pencemaran udara mencapai tahap berbahaya pada 3 Oktober dengan jarak penglihatan menurun kepada kurang daripada 1,500 meter pada 2 Oktober akibat asap tebal.

“Data yang dikumpul dari 1 Januari hingga 2 Oktober menunjukkan sejumlah 38,104 titik panas yang dikesan di rantau ini.

"Ini telah menyebabkan 3,230 kejadian kebakaran hutan dan tanah, manakala usaha memadam kebakaran setakat ini mencecah 9,137 hektar tanah,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi menangani isu ini, pihak berkuasa telah memperuntukkan sebanyak 110 bilion rupiah (kira-kira RM33 juta), untuk mempergiatkan operasi memadam kebakaran dan menyediakan perkhidmatan kesihatan bergerak kepada penduduk yang terjejas.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619