AGENDA

Sultan tertarik lukisan ketika tunai haji, berkenan pamer di Istana Alam Shah

6 Okt 2023, 8:00 AM
Sultan tertarik lukisan ketika tunai haji, berkenan pamer di Istana Alam Shah
Sultan tertarik lukisan ketika tunai haji, berkenan pamer di Istana Alam Shah

SHAH ALAM, 6 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menzahirkan rasa sukacita dan sangat tertarik dengan lukisan terbaharu Pelukis Diraja Selangor Dato’ Azman Yusof.

Facebook Selangor Royal Office memaklumkan karya itu diinspirasi daripada gambar yang dirakam ketika Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berada di Madinah.

“Gambar itu diambil ketika Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin berada di Madinah, semasa dalam perjalanan menunaikan haji tahun ini.

“Ia dirakam di perkarangan Raudhah, Masjid Nabawi berdekatan makam Junjungan Besar Rasullullah S.A.W,” menurut hantaran itu.

Baginda turut berkenan mempamerkan lukisan berkenaan di Istana Alam Shah, Klang.

[caption id="attachment_606361" align="aligncenter" width="748"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bergambar bersama lukisan Baginda berdua ketika menunaikan haji hasil karya Pelukis Diraja Selangor Dato’ Azman Yusof yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office pada 6 Oktober 2023[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619