AGENDA

Bayi lapan bulan maut selepas tertinggal hampir lapan jam dalam kereta

6 Okt 2023, 4:45 AM
Bayi lapan bulan maut selepas tertinggal hampir lapan jam dalam kereta

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas disyaki ditinggalkan ibunya di dalam kereta selama hampir lapan jam, di parkir Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, ibu mangsa, seorang doktor di hospital terbabit membawa bayi itu untuk dihantar ke taska.

"Mangsa diletakkan di bahagian belakang penumpang sebelah kiri kereta untuk dihantar ke taska tetapi ibu bayi berkenaan terus ke tempat kerja dengan anggapan mangsa telah pun dihantar ke taska.

"Ibu mangsa hanya menyedari anaknya masih berada dalam kereta pada petang hari yang sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik disahkan meninggal dunia pada pukul 5.53 petang hari yang sama oleh pegawai perubatan HCTM.

Beliau berkata keterangan daripada ibu mangsa akan diambil selepas selesai urusan pengebumian.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619