AGENDA

Air Selangor gerakkan lori tangki, sedia bekalan air alternatif

5 Okt 2023, 8:00 AM
Air Selangor gerakkan lori tangki, sedia bekalan air alternatif
Air Selangor gerakkan lori tangki, sedia bekalan air alternatif

HULU LANGAT, 5 OKT: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menggerakkan 75 lori tangki air ke kawasan terjejas susulan kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Ir Abas Abdullah berkata bekalan air alternatif turut disedakan seperti pili air awam, tangki statik dan agihan air botol osmosis berbalik untuk kediaman bertingkat.

“Pada 10 Oktober kita tumpukan pengagihan lori tangki air ke premis kritikal dengan 49 lokasi dikenal pasti seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Lori tangki akan mula digerakkan kepada pengguna pada 11 dan 12 Oktober. Jadi diharap pengguna dapat membuat persiapan yang diperlukan,” katanya pada sidang media di LRA Sungai Langat di sini hari ini.

[caption id="attachment_606215" align="alignnone" width="832"] Contoh injap sluice yang tunjuk kepada wakil media ketika sidang media pelaksanaan kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat pada 5 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Abas turut menasihatkan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

“Bagi pelanggan komersial pula bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah yang terjejas.

“Bagi tujuan ini pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air yang akan dibuka di Sunway Batu Caves dan Selayang Mutiara,” katanya.

Air Selangor sebelum ini memaklumkan pelaksanaan kerja itu akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat bermula 9 pagi 10 Oktober ini.

Kerja berkenaan dijangka siap pada 7 malam hari sama dan bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari 12 Oktober ini.

Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat setelah kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian siap dan apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619