AGENDA

MB: Mahasiswa perlu faham sejarah negara, jadi rakyat bertanggungjawab

5 Okt 2023, 1:05 AM
MB: Mahasiswa perlu faham sejarah negara, jadi rakyat bertanggungjawab
MB: Mahasiswa perlu faham sejarah negara, jadi rakyat bertanggungjawab

SERDANG, 5 OKT: Mahasiswa diseru supaya benar-benar memahami sejarah diri, komuniti dan negara kerana ia aspek penting untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

Dato’ Menteri Besar menjelaskan perkara itu bukan wajar difahami ahli sosiologi atau individu bergiat dalam bidang sains sosial, sebaliknya juga mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan.

“Kita harus sedar bagaimana rukun negara itu dibentuk, bagaimana negara kita lahir dan bagaimana masyarakat kita terbentuk serta mengapa ia dibentuk. Hal ini perlu difahami oleh kita semua.

“Kerana nantinya saudara (mahasiswa) juga merupakan penggerak utama kepada negara sama ada sebagai pensyarah, pegawai utama atau paling kurang ketua keluarga.

“Justeru memahami sejarah diri kita, negara dan komuniti kita merupakan hal penting untuk kita sedari,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis bersama pemimpin malam tadi.

Pada majlis yang diadakan sempena Minggu Perkasa Putra sesi 2023/2024 di Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau turut melancarkan Buku Modul Pemahaman dan Amalan Rukun Negara.

[caption id="attachment_606138" align="alignnone" width="828"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tiga, kiri) melancarkan Buku Modul Pemahaman dan Amalan Rukun Negara sempena Majlis Bersama Pemimpin Negara di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, Serdang pada 4 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Modul itu diterbitkan bagi menjelaskan objektif rukun negara sebagai teras pembinaan negara bangsa Malaysia, selain memberi kefahaman menyeluruh dan meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap Rukun Negara.

Amirudin yang juga alumni universiti itu turut melancarkan pek makanan sedia dimakan (RTE) yang dihasilkan badan bukan kerajaan (NGO) MyFundaction dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM.

Difahamkan, sebanyak 3,000 pek makanan RTE bernilai RM45,000 diberi kepada pelajar baharu UPM dengan mahasiswa boleh mendapatkan pek terbabit di reruai Chapter Alumni Yosh UPM pada 7 Oktober.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619