AGENDA

MB: Belanjawan Selangor 2024 dibentang tengah November

4 Okt 2023, 7:02 AM
MB: Belanjawan Selangor 2024 dibentang tengah November

SHAH ALAM, 4 OKT: Belanjawan Selangor 2024 dijadual dibentang dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pertengahan bulan depan, kata Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau memaklumkan pentadbiran negeri sedang menunggu perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berhubung perkara itu.

“Pertengahan November kita akan adakan sesi bajet dan sidang DUN, kita menunggu perkenan Tuanku. Ia berjalan sekali dengan sidang DNS,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Bagi belanjawan negeri tahun ini, sejumlah RM2.45 bilion diluluskan melibatkan perbelanjaan pengurusan berjumlah RM1.25 bilion manakala pembangunan pula sebanyak RM1.2 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentang Belanjawan Persekutuan 2024 pada 13 Oktober di Parlimen.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619