PBT

MBPJ tidak kenakan caj turapan jalan dibuat kontraktor lantikan

4 Okt 2023, 3:52 AM
MBPJ tidak kenakan caj turapan jalan dibuat kontraktor lantikan

SHAH ALAM, 4 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pemilik rumah bagi kerja penurapan di laluan keluar masuk kediaman oleh pihak kontraktor lantikan.

Maklum MBPJ, pihaknya menerima aduan berhubung kontraktor luar meminta bayaran daripada penduduk dan menjelaskan akan mengeluarkan notis makluman sekiranya penurapan dijalankan di sesebuah kawasan.

"Justeru, tuan/puan adalah dinasihatkan supaya tidak memberi sebarang bayaran kepada sesiapa yang mengambil kesempatan menawarkan perkhidmatan seperti menurap jalan masuk di hadapan rumah.

"Untuk makluman jalan masuk ke rumah akan diturap secara percuma oleh MBPJ," katanya menerusi kenyataan.

Orang awam juga dinasihat membuat laporan sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama MBPJ atau meminta sebarang bayaran bagi kerja turapan jalan.

Penduduk boleh melaporkan terus aduan kepada polis atau Unit Aduan MBPJ menerusi talian aduan 03-7954 2020 atau e-mel kepada aduan@mbpj.gov.my untuk tindakan selanjutnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619