AGENDA

Terjemahan kitab Ihya’ Ulumuddin karya agung Imam al-Ghazali temui pembaca bulan ini

3 Okt 2023, 2:00 AM
Terjemahan kitab Ihya’ Ulumuddin karya agung Imam al-Ghazali temui pembaca bulan ini
Terjemahan kitab Ihya’ Ulumuddin karya agung Imam al-Ghazali temui pembaca bulan ini

SHAH ALAM, 3 OKT: Dua judul baharu terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) termasuk karya agung Imam al-Ghazali bakal menemui pembaca bulan ini.

Pengurus jualan dan pemasaran IBDE Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman berkata naskhah terjemahan itu adalah Ihya’ Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 1 Kitab Ilmu karya Imam al-Ghazali dan Pedukunan Melayu (John D Gimlette).

“Ihya’ Ulumuddin yang bakal menemui pembaca bulan ini merupakan jilid pertama daripada 20 jilid yang bakal diterbitkan IBDE.

“Kitab ini dikarang Imam al-Ghazali dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.

“Kitab ini juga diangkat perbincangan dan penghayatannya dalam Festival Turath Islami Selangor anjuran Kerajaan Negeri Mei lalu,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_591503" align="aligncenter" width="809"] Tokoh ulama dari Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni menyampaikan pengajian secara membaca sempena talaqqi kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali pada Festival Turath Islami Selangor di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 1 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata pembeli terawal kitab Ihya’ Ulumuddin dengan harga RM80 setebal 328 muka surat itu akan menerima poster peta perjalanan hidup Imam al-Ghazali.

“Pedukunan Melayu pula adalah karya terjemahan daripada The Malay Poison and Charm Cures ditulis John D Gimlette yang diterbitkan hasil penerimaan baik pembaca terhadap buku Gelagat dan Ragam Orang Melayu karya Frank Swettenham,” katanya.

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri, bakal menterjemah 15 karya mulai tahun ini termasuk kitab Ihya’ Ulumuddin yang bakal diterbit dalam 20 siri dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619