AGENDA

Bantuan kewangan haji bersasar diteruskan bagi jemaah B40, M40

2 Okt 2023, 9:58 AM
Bantuan kewangan haji bersasar diteruskan bagi jemaah B40, M40

SHAH ALAM, 2 OKT: Bantuan kewangan haji bersasar akan diteruskan tahun depan untuk jemaah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40), kata menteri hal ehwal agama.

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan mekanisme tersebut paling berkesan bagi mengurangkan tanggungan yang perlu dibiayai Lembaga Tabung Haji (TH) setiap tahun, lapor Berita Harian.

Beliau berpendapat kaedah tersebut juga wajar bagi memastikan kelestarian TH terutama untuk melindungi kepentingan sembilan juta pendeposit membabitkan agihan keuntungan.

"Jika kita tidak laksanakan subsidi bersasar, ia akan menjejaskan agihan keuntungan yang munasabah kepada pendeposit. Jadi kita tidak boleh beri bantuan kewangan haji kepada semua," katanya.

Tahun ini, TH memperuntuk RM265 juta bantuan kewangan haji yang disasarkan kepada golongan B40 dan M40, manakala berpendapatan tinggi (T20) pula perlu membayar penuh kos haji RM30,850.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619