AGENDA

Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada atlet negara rangkul emas di Hangzhou

1 Okt 2023, 12:00 PM
Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada atlet negara rangkul emas di Hangzhou
Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada atlet negara rangkul emas di Hangzhou
Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada atlet negara rangkul emas di Hangzhou
Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada atlet negara rangkul emas di Hangzhou

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet negara yang berjaya menyumbang pingat emas pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara, hari ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah.

Atlet negara yang menyumbang pingat emas pada acara sukan itu setakat ini adalah atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif bagi acara ILCA 6 wanita, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil bagi acara dressage individu (ekuestrian) dan pasukan skuasy wanita kebangsaan.

Nur Shazrin menyumbang pingat emas pertama negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022 sekali gus melayakkan beliau ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Mohd Qabil yang mengumpul keseluruhan 75.780 mata pula menewaskan juara bertahan Jacqueline Siu dari Hong Kong dengan pingat perak selepas meraih 73.450 mata, manakala Anush Agarwalla dari India membawa pulang pingat gangsa selepas mengumpul 73.030 mata.

Skuad skuasy wanita yang dibarisi Rachel Arnold, S Sivasangari dan pasangan adik-beradik Aifa dan Aira Azman turut menyumbangkan emas dalam acara berpasukan wanita selepas menumbangkan juara bertahan, Hong Kong, 2-1 pada aksi final, semalam.

Sukan Asia Hangzhou berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619