ADN

Negeri dengar suara penduduk berhubung cadangan bina loji bakar sampah

1 Okt 2023, 12:00 PM
Negeri dengar suara penduduk berhubung cadangan bina loji bakar sampah
Negeri dengar suara penduduk berhubung cadangan bina loji bakar sampah
Negeri dengar suara penduduk berhubung cadangan bina loji bakar sampah

GOMBAK, 1 OKT: Kerajaan Negeri sedia mendengar suara penduduk berhubung cadangan pembinaan loji pembakaran sampah (insinerator) di Bandar Tasik Puteri di sini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang berkata pihaknya maklum terhadap kebimbangan penduduk yang mendakwa projek tersebut akan menjejaskan alam sekitar dan kesihatan.

“Kita mendengar keluhan dan kerisauan penduduk. Saya faham pembinaan loji ini merupakan teknologi canggih tapi penduduk mungkin tidak faham dan tidak tahu.

“Cara yang paling baik adalah adakan sesi dialog antara pemilik projek dan penduduk. Saya rasa Kerajaan Negeri sedia dengar suara rakyat,” kata Chua Wei Kiat.

[caption id="attachment_605574" align="alignnone" width="793"] ADN Rawang Chua Wei Kiat dan Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen bergambar bersama penduduk selepas Sesi Dialog Bersama Wakil Rakyat: Kesan Insinerator Kepada Kesihatan dan Kesejahteraan Penduduk di Batu Arang, Rawang pada 1 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu beliau menghadiri sesi dialog bersama lebih 100 penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan, Jaringan Rawang Tolak Insinerator (JRTI) di Dataran Batu Arang.

[caption id="attachment_605575" align="alignleft" width="346"] Penyelaras Kempen Rawang Tolak Insinerator (JRTI) Dr Lam Choong Wah[/caption]

Sementara itu, Penyelaras JRTI Dr Lam Choong Wah berkata pihaknya menolak cadangan pembinaan loji pembakaran sampah berikutan ia terletak berhampiran penempatan penduduk.

Justeru pertubuhan itu mencadangkan Kerajaan Negeri melaksana penyelesaian lebih lestari seperti pengurusan sisa sifar yang merangkumi kitar semula, guna semula serta larangan penggunaan plastik.

“Penduduk mahu penyelesaian lebih lestari seperti pengurusan sisa sifar. Solusi itu diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2022 dan ia merupakan penyelesaian menyeluruh.

“Saya fikir ia sepatutnya dicontohi dan dipelajari oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Ia adalah sangat penting kepada alam sekitar,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619