AGENDA

Kelindan lori pukul bekas kekasih kerana ada teman lelaki baharu

1 Okt 2023, 9:37 AM
Kelindan lori pukul bekas kekasih kerana ada teman lelaki baharu

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Polis menahan seorang kelindan lori kerana disyaki memukul dan menyamun bekas kekasihnya dalam kejadian di Ampang, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di Taman Cempaka, Ampang pada 9.45 malam tadi selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 21 tahun.

Beliau berkata susulan penahanan itu, polis turut merampas satu telefon bimbit daripada lelaki itu dipercayai milik mangsa.

“Suspek yang positif terhadap methamphetamine dan amphetamine direman hingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Semakan mendapati dia mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata dalam kejadian itu, mangsa mendakwa suspek datang ke tempat kerjanya di sebuah farmasi di Ampang, sebelum diminta mengikut suspek yang mahu menghantarnya pulang ke rumah.

“Mangsa cuba melarikan diri dan suspek telah mengejar lalu memukulnya. Suspek turut merampas telefon bimbit milik mangsa dan akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit di bahagian mulut dan kaki serta dirawat di Hospital Ampang,” katanya.

Beliau berkata motif kejadian adalah kerana suspek tidak berpuas hati bekas teman wanitanya itu mempunyai teman lelaki baharu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619