AGENSI

Hijrah tawar bantuan modal kecil-kecilan, kembang niaga

1 Okt 2023, 6:45 AM
Hijrah tawar bantuan modal kecil-kecilan, kembang niaga

SHAH ALAM 1 OKT: Usahawan yang memerlukan modal untuk berniaga secara kecil-kecilan atau mengembangkan perniagaan boleh memohon skim pembiayaan di bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

Pembiayaan yang ditawarkan ialah skim i-Bisnes, skim Zero To Hero, skim Niaga Darul Ehsan (NaDI), skim Go Digital dan skim i-Bermusim.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, pemohon boleh memuat turun maklumat pembiayaan menerusi https://www.hijrahselangor.com/risalah-skim-hijrah.../ atau pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/.

Usahawan juga boleh menghubungi 19 cawangan Hijrah berhampiran untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan pembiayaan.

Hijrah menyediakan pinjaman kewangan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal.

Pinjaman diberikan dan jumlah kelulusan diberikan sehingga RM100,000 mengikut syarat ditetapkan.

Sehingga Jun 2023, seramai 58,464 peserta terlibat dengan dana lebih RM768.8 juta. Seramai 34,823 penerima atau 60 peratus adalah usahawan wanita.

Selain itu, Hijrah juga menganjurkan pelbagai program secara percuma seperti kelas strategi TikTok untuk meningkatkan perniagaan secara digital.

Turut diadakan kursus pemasaran bagi memastikan peniaga serta produk yang ditawarkan kepada pelanggan kekal berdaya saing di dalam dan luar negara.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619