AGENSI

Yide salur RM3 juta jayakan program kebajikan, manfaat lebih 9,000 anak yatim

30 Sep 2023, 1:00 PM
Yide salur RM3 juta jayakan program kebajikan, manfaat lebih 9,000 anak yatim
Yide salur RM3 juta jayakan program kebajikan, manfaat lebih 9,000 anak yatim
Yide salur RM3 juta jayakan program kebajikan, manfaat lebih 9,000 anak yatim

SHAH ALAM, 30 SEPT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyalurkan RM3 juta bagi mengerakkan pelbagai program kebajikan untuk anak-anak yatim sejak awal Januari.

Pengurus Besarnya Nur Mohd Razali Abdullah berkata peruntukan itu memanfaatkan lebih 9,000 anak yatim daripada 25 rumah kebajikan yang berdaftar di bawah Yide

[caption id="attachment_605341" align="aligncenter" width="777"] Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Nur Mohd Razali Abdullah bercakap kepada Media Selangor pada program Hari Terbuka Rumah Anak Yatim Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 30 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Bantuan diberikan kepada anak-anak yatim yang ingin melanjutkan pengajian, bantuan persekolahan dan ketika Ramadan. Keseluruhan, kita telah agih RM3 juta sejak awal tahun untuk anak-anak yatim.

“Ini semua hasil sokongan orang ramai yang membantu dengan memberi sumbangan untuk disalurkan kepada anak-anak yatim ini,” katanya ditemui selepas program Hari Terbuka Rumah Anak Yatim Selangor di Kompleks PKNS hari ini.

Tambah Nur Mohd Razali, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh melayari laman sesawang dan Facebook Yide atau menghubungi talian 03-3345 9900.

[caption id="attachment_605337" align="aligncenter" width="749"] Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Nur Mohd Razali Abdullah (dua, kiri) melawat reruai rumah anak yatim pada program Hari Terbuka Rumah Anak Yatim Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 30 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Pada program sama, beliau turut menyampaikan sumbangan RM40,000 kepada 40 anak-anak yatim yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Yide merupakan agensi dibawah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal kebajikan anak-anak yatim di seluruh Selangor.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619