AGENDA

Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam ikut jadual, jangka siap 2026

30 Sep 2023, 11:30 AM
Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam ikut jadual, jangka siap 2026
Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam ikut jadual, jangka siap 2026
Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam ikut jadual, jangka siap 2026
Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam ikut jadual, jangka siap 2026

SHAH ALAM, 30 SEPT: Projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) membabitkan kawasan seluas 76.08 hektar berjalan mengikut jadual dan dijangka siap menjelang 2026.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya kini masih menunggu kebenaran merancang (KM) untuk memulakan projek berkenaan.

[caption id="attachment_605373" align="aligncenter" width="791"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap pada program Selangor Property Expo Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor di I-City Mall, Shah Alam pada 30 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya tengah tunggu KM (kebenaran merancang). Pasti (projek) akan mula tahun ini. Kalau tidak awal Oktober (mungkin) akhir Oktober. Atau mungkin awal November. Itu sasaran kita.

“Tahun ini akan mulakan perobohan dan 2026 akan siap,” katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Selangor 2023 di Central i-City di sini, hari ini.

[caption id="attachment_563196" align="aligncenter" width="812"] Orang ramai melihat papan informasi pembangunan
Kompleks Sukan Shah Alam di pusat beli belah SACC Mall, Shah Alam pada 28 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Pembangunan semula KSSA dibuat berikutan kos baik pulih dianggar menelan belanja RM787 juta. Sebanyak RM56 juta digunakan bagi menyelenggara dan membaiki kerosakan antara 2013 hingga 2022.

KSSA bakal meliputi pelbagai kemudahan untuk orang awam berekreasi selain mengadakan kegiatan komersial antaranya 40 peratus kawasan rekreasi awam dan 60 peratus untuk sukan termasuk gelanggang ‘indoor’, dewan serba guna, hotel, masjid, ruang acara dan ruang jualan.

Pembinaannya mengambil kira pelbagai faktor termasuk isu kekerapan banjir selain stadium bertaraf antarabangsa, kapasiti 35,000 ke 45,000 penonton dan boleh berfungsi serta mengendali pelbagai acara termasuk konsert.

[caption id="attachment_562815" align="aligncenter" width="808"] Model pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619