AGENDA

Pandalela-Dhabitah raih gangsa acara 10m platform berirama

30 Sep 2023, 11:00 AM
Pandalela-Dhabitah raih gangsa acara 10m platform berirama

HANGZHOU, 30 SEPT: Gandingan Datuk Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri memberikan permulaan memberangsangkan buat kem terjun negara pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas menghadiahkan pingat gangsa dalam acara 10 meter(m) platform seirama wanita hari ini.

Keputusan itu menyaksikan Pandelela-Nur Dhabitah mengulangi pencapaian gangsa yang diraih Nur Dhabitah-Datuk Leong Mun Yee pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Pada final disertai lima negara di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou di sini, Pandelela-Nur Dhabitah gagal meneruskan rentak cemerlang di awal saingan untuk sekadar mengumpul keseluruhan 266.94 mata selepas lima terjunan.

Pasangan Juara Dunia 2023 dari China Quan Hongchan-Chen Yuxi menampilkan terjunan yang memukau penonton untuk pasukan tuan rumah meraih 375.30 mata sekali gus meraih emas.

Perak menjadi milik gandingan Jepun Matsuri Arai-Minami Itahashi dengan mengutip 290.04 mata.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam acara itu adalah memenangi perak menerusi Pandelela-Mun Yee pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Dalam pada itu, Muhammad Syafiq Puteh dan Ooi Tze Liang akan bergandingan dalam final 3m papan anjal seirama lelaki yang dijadual berlangsung 7.30 malam ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619