AGENDA

Jururawat maut ditikam suami, ditemukan berlumuran darah bawah selimut tebal

30 Sep 2023, 10:00 AM
Jururawat maut ditikam suami, ditemukan berlumuran darah bawah selimut tebal

ARAU, 30 SEPT: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dengan sebilah pisau di kediaman pasangan itu di Jalan Padang Nyu, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata mayat wanita itu ditemukan di bilik tidur kediaman berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dan ditutupi dengan selimut tebal, selepas suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis pada kira-kira pukul 10 pagi.

Beliau berkata wanita berumur 31 tahun yang bekerja sebagai jururawat itu dipercayai ditikam dengan sebilah pisau pada bahagian dada kiri dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, dengan tikaman sedalam kira-kira dua sentimeter dikesan pada dirinya.

“Suspek yang merupakan seorang pesara tentera berumur 38 tahun dipercayai bergaduh dengan isterinya akibat cemburu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Katanya pasangan itu meninggalkan dua anak lelaki, masing-masing berusia lapan dan 10 tahun.

Ahmad Mohsin berkata polis turut menemukan sebilah pisau yang disimpan dalam sebuah beg di dapur rumah itu yang dipercayai digunakan dalam kejadian, dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Hospital, Alor Setar untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619