AGENDA

Kastam gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM2 juta di KLIA

29 Sep 2023, 6:00 AM
Kastam gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM2 juta di KLIA

PUTRAJAYA, 29 SEPT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup 61 kg dadah bernilai kira-kira RM2 juta, yang disorokkan dalam tiga bungkusan yang diikrarkan sebagai alat ganti kenderaan, pada 5 September lepas di Terminal Kargo Udara, Zon Perdagangan Bebas, Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Wong Pun Sian berkata sebanyak 60 bungkusan plastik berwarna hijau mengandungi dadah jenis metamphetamine itu ditemukan ketika pemeriksaan dilakukan.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata terdapat tulisan refined chinese tea dan beberapa tulisan lain dalam bahasa Mandarin pada bungkusan terbabit yang di dalamnya mengandungi serbuk kristal.

“Modus operandi adalah dengan cara mengikrar bungkusan sebagai alat ganti kenderaan dan menyembunyikan dadah dalam paket plastik teh bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya sambil menambah siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat.

Wong berkata siasatan awal mendapati bungkusan berkenaan akan dihantar ke alamat penerima di Kota Kinabalu, Sabah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan jumlah berat dadah itu, Wong berkata rampasan itu berjaya membanteras pengedaran bahan berbahaya terbabit kepada kira-kira 305,000 penagih.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619