AGENDA

PM seru teladani akhlak Rasulullah tidak memfitnah, memaki hamun

27 Sep 2023, 2:06 PM
PM seru teladani akhlak Rasulullah tidak memfitnah, memaki hamun

KUALA LUMPUR, 27 SEPT: Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, dalam perutusan Maulidur Rasul 1445H yang dikongsi di laman Facebook malam ini, berkata perjuangan Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan teladan agar terus tekal walaupun diasak musuh setiap masa dari segenap penjuru.

“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah SWT.

“Moga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kesejahteraan yang berterusan buat Baginda Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Tema sambutan tahun ini ialah Perpaduan Teras Malaysia MADANI.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619